Cara Automatik Convert Fail MS Office Kepada Google Documents Apabila Kita Upload Ke Google Drive

Langkah 1 : Pada paparan Google Drive anda, klik Setting (Ikon Roda) pada penjuru kanan atas.


Langkah 2 : Pilih arahan Settings.


Langkah 3 : Pastikan ada tanda Tick pada arahan Convert uploaded files to Google Docs editor format.


Langkah 4 :  Klik pada Done.

Maka, sekarang ini, apa sahaja fail MS Office yang anda upload akan terus convert kepada Google Documents .
Share:

Tugas Guru 1 : Mengemaskini folder individu iaitu folder NO 13 - RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Terdapat pelbagai pilihan bagi guru untuk mengemaskini folder Rancangan Pelajaran Harian iaitu

Pilihan 1
- Menggunakan templat e-RPH yang dibekalkan.
- Templat ini menggunakan Google Sheet dan ia adalah templat asas dan boleh diubah mengikut keperluan dan kehendak cikgu.
- Ia akan dinaik taraf menjadi templat automasi di mana, cikgu hanya perlu klik pada subjek tertentu sahaja.

Pilihan 2
- Menggunakan fail MS Word jika pernah membuat e-RPH dalam bentuk fail doc.
- Jika sebelum ini, cikgu pernah membuat RPH yang ditaip dalam MS Word dan disimpan dalam fail (hardcopy), maka ia boleh digunakan untuk tahun depan, di mana hanya perlu upload ke folder No 13 ini sahaja.
- Sekarang boleh edit dan simpan, tidak perlu print lagi.

Pilihan 3
- Menggunakan templat RPH yang telah dibekalkan oleh KPM seperti yang digunapakai oleh Sekolah Amanah.
- Untuk cikgu di Sekolah Amanah, cikgu hanya perlu upload RPH khas yang tersebut ke folder No 13 ini sahaja.
- Sekarang, cikgu boleh edit dan simpan, tidak perlu print lagi.

Pilihan 4
- Menggunakan templat e-RPH automasi yang telah direka oleh guru pakar.
- Jika cikgu sudah menggunakan RPH automasi yang diperolehi daripada rakan guru yang lain, cikgu boleh terus menggunakannya.
- Cikgu hanya perlu upload RPH automasi tersebut ke folder No 13 ini sahaja.
- Sekarang, cikgu boleh edit dan simpan, tidak perlu print lagi.


Share:

Tugas Pentadbir 3 - Cara menyemak nama guru yang telah menghantar e-RPH setiap minggu.

Langkah 1 : Login ke akaun YES pihak pengurusan menggunakan link pautan sekolah masing-masing.


Langkah 2 : Klik pada Quick Launch (ikon petir) dan pilih Google Drive.


Langkah 3 : Dalam My Drive, klik fail SEMAK e-RPH.


Langkah 4 : Klik pada tab semakERPH, maka akan dipaparkan senarai nama guru dan data penghantaran mingguan.


Disini disertakan video tutorial untuk pemahaman yang lebih jelas. (AKAN DIUPDATE)
Share:

Tugas Pentadbir 2 - Cara menyemak hasil e-RPH semua guru

Langkah 1 : Login ke akaun YES pihak pengurusan menggunakan link pautan sekolah masing-masing.


Langkah 2 : Klik pada Quick Launch (ikon petir) dan pilih Google Drive.


Langkah 3 : Pada folder My Drive, klik fail SENARAI NAMA GURU.


Langkah 4 : Pada fail SENARAI NAMA GURU, klik nama guru yang ingin disemak e-RPHnya. 


Langkah 5 : Pada folder guru tersebut, skrol sehingga folder 13 – RANCANGAN PELAJARAN HARIAN & klik folder tersebut.  


Langkah 6 : Klik pada fail Google sheet iaitu MINGGU 01.


Langkah 7 : Klik tab hari Ahad dan letakkan tarikh penyemakan dilakukan.


Langkah 8 : Klik satu kotak sel di Tandatangan Pengetua, Klik Comments dan klik tambah Comment.


Langkah 9 : Masukkan komen anda dan klik pada Comment.




Disini disertakan video tutorial untuk pemahaman yang lebih jelas. (AKAN DIUPDATE)

Share:

Tugas Pentadbir 1 - Pindahkan fail SENARAI NAMA GURU & SEMAK e-RPH dari direktori Shared with me ke My Drive

Langkah 1 : Login ke akaun YES pihak pengurusan menggunakan link pautan sekolah masing-masing.


Langkah 2 : Klik pada Quick Launch (ikon petir) dan pilih Google Drive.


Langkah 3 : Klik pada butang Shared with me.


Langkah 4 : Skrol ke bawah sehingga berjumpa fail SENARAI NAMA GURU & SEMAK e-RPH.


Langkah 5 : Highlightkan kedua fail tersebut, klik kanan tetikus anda dan pilih Add to My Drive.


Langkah 6 : Kedua fail tersebut sudah berjaya dipindahkan ke folder Add to My Drive.



Disini disertakan video tutorial untuk pemahaman yang lebih jelas. (AKAN DIUPDATE)
Share:

Tugas Admin e-RPH 5.2 - Berkongsi fail nama guru kepada pihak pengurusan untuk proses penyemakan e-RPH guru

Langkah 1 : Buka folder utama e-RPH melalui akaun admin.


Langkah 2 : Pada fail Untitled document (yang telah kita bina pada Tugas 5.1) , klik kanan tetikus dan pilih Rename.


Langkah 3 : Masukkan nama fail dalam ruangan tersebut dan klik Ok.


Langkah 4 : Pada fail SENARAI NAMA GURU , klik kanan tetikus dan pilih Share.


Langkah 5 : Masukan alamat email YES pentadbir sekolah, pilih option Can view dan klik Send.


Langkah 6 : Ada logo kepala pada fail tersebut, bermakna anda telah berjaya berkongsi fail dengan pihak pentadbir sekolah.



Disini disertakan video tutorial untuk pemahaman yang lebih jelas.


Share:

Tugas Admin e-RPH 5.1 - Membuat senarai nama guru untuk memudahkan pengurusan menyemak e-RPH guru

Langkah 1 : Buka folder utama e-RPH melalui akaun admin.



Langkah 2 : Pada ruang kosong, klik kanan tetikus dan pilih Google Docs.



Langkah 3 : Bina senarai nama guru dalam bentuk jadual seperti gambar 3A (sek. menengah) ATAU 3B (sek. rendah).



Langkah 4 : Buka folder nama individu di bidang masing-masing (sekolah menengah) manakala folder utama e-RPH (sekolah rendah).



Langkah 5 : Copy @ salin URL folder tersebut.



Langkah 6 : Pergi semula ke Google Docs yang kita telah hasilkan tadi.



Langkah 7 : Hightlight nama personel anda dan klik butang Insert link.



Langkah 8 : Pastekan alamat URL pada ruangan Link dan klik butang Apply.



Langkah 9 : Anda telah berjaya link folder Rancangan Pelajaran Harian ke nama anda.



Langkah 10 : Ulangi Langkah 4 – 9 sehingga semua fail setiap guru disambung @ di link kepada fail Google Docs tersebut.


Disini disertakan video tutorial untuk pemahaman yang lebih jelas.




Share:

Tugas Admin e-RPH 4.3 - Kongsikan fail senarai semak untuk penghantaran e-RPH kepada semua guru

Langkah 1 : Buka folder bidang dalam Google Drive admin.


Langkah 2 : Klik pada folder Submit e-RPH.


Langkah 3 : Klik pada fail SEMAK e-RPH.


Langkah 4 : Masukkan semua email YES guru dan pentadbir sekolah.


Langkah 5 : Klik ikon Setting dan pilih Can view sahaja. Seterusnya klik pada Send.



Disini disertakan video tutorial untuk pemahaman yang lebih jelas.


Share:

Search This Blog

TEAM JU e-RPH TERENGGANU

EN. MOHD AZHAR B. KORDI
KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN

EN. ZAZALI B. MOHAMAD
SEKOLAH SAINS DUNGUN

EN. TARMIZI B. MOHAMED ADNAN
SMK SURA, DUNGUN.

YM. DR. SYED ABI GHUFRAN B. SYED AHMAD AL-IDRUS
SK WAKAF MEMPELAM, K. TERENGGANU

EN. MOHD KHAZAIRILAZLYMY B. RAZALI
SK BUKIT TUMBOH, K. NERUS

EN. MOHD TARMIZI BIN CHE MIN
PKG DURIAN BURONG